Tuesday 16 April 2013

Jangan Terlalu Fikirkan Cinta



Salam to all readers~

Bagai sudah menjadi lumrah, setiap remaja ingin merasai cinta. Sehinggakan yang masih bersekolah juga adakalanya siang malam memikirkan soal cinta. Mahu bercinta di usia remaja perlu berhati-hati. Jangan terlalu mengikut kehendak perasaan dan hati. Takut nanti merana diri. Berhati-hati membawa hati. Bercinta memang indah pada mulanya, tapi pengakhirannya tak siapa yang tahu dan masih belum pasti. Cuma, yang pasti bercinta selepas nikah itu sememangnya indah.

Usah terlalu fikirkan cinta, takut nanti ada yang terluka dan kecewa. Bukan mudah untuk mengawal perasaan ketika sedang bercinta, nak-nak lagi remaja seperti kita. Perasaan mudah berubah dan terpesong. Semua benda ingin dicubanya. Kalau tersilap langkah, memang padah. Hati yang terluka sangat payah untuk di ubati. Fikirkanlah.!

Ya, memang cinta itu fitrah, tapi jangan sampai ia menjadi fitnah. Terlalu asyik memikirkan cinta juga, kadangkala tiada eloknya. Jika masih belum mampu, jangan sesekali bermain dengan perasaan. Sesungguhnya, perasaan itu tidak akan membawa kemana-mana. Perjalanan masih terbentang jauh untuk kita lalui. Hidup ini bukan hanya untuk memikirkan cinta sesama manusia, tapi juga cinta kita kepada-Nya yang Maha Pencipta.



Mari mencari cinta bersama redha-Nya.! 

Memang tak dinafikan lagi, cinta dan perasaan itu adalah satu keperluan. Tetapi, kita harus bijak menguruskannya. Bercintalah jika mahu bercinta. Tapi, biar lah mengalir mengikut aliran yang sudah di tetapkan oleh-Nya. Bercintalah mengikut aliran yang Islam telah tunjukkan. Bukan bercinta ikut rasa di hati.

Mahu bercinta tidak salah. Tapi, biar betul-betul bersedia. Bukannya bercouple dan kemudian di tinggalkan. Ingat ye, di dalam Islam tiada istilah bercouple. Yang ada cuma ta'aruf. Bermula dengan ta'aruf, iaitu sesi berkenalan dan terus ke peringkat seterusnya yang lebih serius. Sesungguhnya, Islam ini dipenuhi dengan cinta dan kasih sayang. Tetapi banyak cinta dan kasih sayang itu di salah ertikan. Kemudian jauh menyimpang dari makna cinta yang sebenar. Ini semua kerana kita tidak menghayati makna cinta di dalam Islam yang sebenarnya.

No comments:

Post a Comment